Kempen Bebas Plastik Di Kedah April Ini


Nampaknya kini Kedah akan mengikut jejak negeri-negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor dan lain-lain menguatkuasakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik mulai 1 April 2019 ini. Ini merupakan satu inisiatif yang baik dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah untuk menangani isu alam sekitar.

Berikutan penguatkuasaan kempen tersebut, tiada lagi penawaran beg plastik secara percuma akan diberikan, sebaliknya anda harus membayar RM0.20 untuk beg plastik. Malah, penguatkuasaan peraturan ini juga bermaksud tiada pengguna straw dan polisterin di kedai makan secara percuma tetapi mungkin akan ada pengecualian untuk orang tua dan kanak-kanak.



Image result for no plastic bag

Kempen ini akan dilaksanakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, caj sebanyak 20 sen yang dikutip akan dikumpul dan disimpan di dalam satu dana khas yang mana dikembalikan semula kepada masyarakt melalui program tanggungjawab sosail korporat yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Sumber : Sinar Harian

Loading...



Kempen Bebas Plastik Di Kedah April Ini Kempen Bebas Plastik Di Kedah April Ini Reviewed by Beruang Viral on 3:30:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.