'Lembu Lapar, Tuan Tak Bagi Makan. Datang Kedai Nak Membeli'


Suasana di Taman Sentosa, Klang gempar seketika apabila dua lembu jantan 'membeli belah di sebuah kedai serbaneka di kawasan itu jumaat lalu.

Dalam kejadian 11 pagi itu, dua haiwan terbabit dikatakan memasuki premis berkenaan kerana kelaparan mencari makan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Lin, 30, berkata, ketika kejadian dia membeli barangan keperluan dan terdapat lima pelanggan serta tiga pekerja premis itu.



"Ketika membeli barangan kering, saya terkejut apabila dua lembu tiba-tiba datang dengan seekor memasuki premis itu.

"Lembu itu dipercayai mencari makanan dan pelanggan serta pekerja memberikan roti sebelum haiwan itu beredar," katanya.

Lin berkata, kejadian itu kali pertama berikutan pemiliknya membiarkan haiwan berkenaan berkeliaran.




Loading...

"kebiasaannya, lembu itu meragut rumput di tepi jalan namun tidak sangka sehingga memasuki pasar raya.

"Namun, mujur tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Pervandaran Klang (MPK) Norhafiza Mahfuz berkata, tindakan sita terhadap haiwan berkenaan boleh diambil termasuk mengenakan kompaun kepada pemiliknya.

"Membiarkan lembu berkeliaran di tempat awam adalah kesalahan kerana mengganggu ketenteraman wam dan keselamatan jalan raya," katanya.



Sebelum ini, satu video tular di laman facebook (FB) yang memaparkan dua lembu itu dilihat berlegar-legar di hadapan premis berkenaan.

Sumber - HMetro 

'Lembu Lapar, Tuan Tak Bagi Makan. Datang Kedai Nak Membeli' 'Lembu Lapar, Tuan Tak Bagi Makan. Datang Kedai Nak Membeli' Reviewed by Beruang Viral on 11:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.