Warong Hunter | Nasi Ayam Malaya


Nasi Ayam mana paling best bagi korang port nak makan selain Chicken Rice Shop dan lain-lain? Pilihan Warong Hunter kali ini di Nasi Ayam Malaya yang terletak di Taman Puchong Prima yang berdekatan dengan LRT Puchong Prima.

Apa yang menarik di kedai ini adalah sudah pasti keistimewaannya adalah Nasi Ayam. Nasi dia sudah pasti bagi kami lain dari yang lain. Korang kena cuba seperti Zaff rasa sendiri di kedai ini. Potong ayam yang dihidang tak lah kedekut mana. Besar dia suku ayam. Ayam ini di rebus terlebih dahulu dan di gorang sehingga kulit ayam ini nampak rangup dan sedap.

Nasi Ayam Malaya ini dijual dengan harga RM6.00 sahaja. Tak la mahal mana kan berbanding satu hidangan yang ada jual tu satu set RM12.00. Tapi rasa disini setanding dengan yang mahal tu. Rugi kalau tak cuba.







Di Nasi Ayam Malaya ini juga terdapat pelbagai jenis air yang jual di sini. Korang kena cuba yang ini Teh Ais Madu Leleh yang berharga RM4.00 sahaja. Rasa dulu baru tahu apa yang menarik kat tempat ni.



Lokasi kedai ini terletak di alamat No. 53, Jalan Prima 5/6, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor.

Korang boleh Waze Nasi Ayam Malaya. Tapi jangan keliru sebab terdapat 3 cawangan yang berbeza di Taman Prima Puchong ini. Tengok betul-betul dan click pada Nasi Ayam Malaya.


Loading...



Warong Hunter | Nasi Ayam Malaya Warong Hunter | Nasi Ayam Malaya Reviewed by Beruang Viral on 4:20:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.