Tiada Lagi Cyber Trooper Parti Di Facebook

Gambar Hiasan - Sosial Media


29 Mac, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenalpasti sebanyak 2,823 akaun palsu di media sosial Facebook yang telah menggunakan identiti palsu dan melakukan penyamaran dari tahun 2018 hingga pertengahan bulan ini. 

Sebanyak 80 peratus daripadanya telah dipadamkan selaras dengan terma dan syarat platform sesebuah aplikasi media sosial itu.



Dalam kenyataan Ketua Pegawai Sektor PEmatuhan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin berkata langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada aktiviti penyamaran oleh Pihak yan tidak bertanggungjawab di media sosial.

Selain penutupan akaun dengan kerjasama pihak penyelia platform media sosial, ia mengambil pendekatan lain yang diamvil adalah tindakan penguatkuasaan dan kempen advokasi.

MCMC melaksanakan program seperti Klik Dengan Bijak (KDB) untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kepentingan pengguna internet secara berhemah. Program itu telah menjangkau lebih lima juta audiens sejak diperkenalkan pada 2012.


Loading...


Menurut kenyataan itu, tahap penggunaan internet dalam kalangan rakyat adalah tinggi iaitu 28.7 juta orang, dengan memetik sumber Kajian Pengguna Internet.

Sumber - Bernama.
Tiada Lagi Cyber Trooper Parti Di Facebook Tiada Lagi Cyber Trooper Parti Di Facebook Reviewed by Beruang Viral on 1:20:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.