Cabaran Tidur Dalam Almari IKEA selama 24 Jam

Gambar Hiasan
Mahu menyahut cabaran bermalam dengan melepasi kawalan keselamatan, dua pelajar tingkatan lima nekad menceroboh gedung kelengkapan rumah terkemuka di Batu Kawan, sabtu lalu.

Mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dilihat memasuki premis berkenaan selepas waktu operasi antara jam 10 malam Sabtu, hingga 6.40 pagi Ahad.

Perbuatan mereka kemudai disedari pengawal keselamatan yang membuat rondaan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, hasil soal siasat terhadap dua remaja terbabit, mereka mengaku berada dalam kawasan berkenaan selepas waktu operasi.

Katanya, dua remaja itu juga memaklumkan tujuan mereka memasuki premis itu untuk merakam video dam mengambil gambar kemudian diviralkan di media sosial bagi menunjukkan keberanian mereka melepasi keselamatan.

"polis mendapat maklumat berhubung kejadian ini daripada pengurus pengawal keselamatan yang memberitahu premis itu diceroboh dua remaja terbabit.


Loading...

"Sebelum itu, terdapat pengumuman bahawa pintu di setiap bahagian pameran akan ditutup pada jam 10 malam, namun dua remaja ini pergi ke almari dan bersembunyi," katanya dalam kenyataan itu.

Selanjutnya di HMetro
Cabaran Tidur Dalam Almari IKEA selama 24 Jam Cabaran Tidur Dalam Almari IKEA selama 24 Jam Reviewed by Beruang Viral on 11:22:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.