Kejutan Fazura Membuatkan FFM Menjadi Kontroversi.

Gambar dari Gempak 

Pasangan terkenal Fattah Amin dan Fazura membuat kejutan kepada penonton pada malam Festivel Filem Malaysia (FFM) yang berlangsung 2 hari lepas di Putrajaya International Convention Center (PICC) di sini.

Berlaku sedikit salah faham diantara Fazura dan Hans Isaac dimana seperti yang telah dimaklumkan bahawa penyampai anugerah pada malam itu adalah diantara mereka yang telah memenangi anugerah FFM sebelum ini.



Sepatutnya Fazura hanya membuat penampilannya seorang diri di antara pentas. Penganjur terkejut tiba-tiba muncul di atas pentas Fazura bersama suaminya yang tidak pernah memenangi apa-apa anugerah di FFM sebelum ini.

Dalam pada itu, Datuk Hans Isaac memberi teguran kepada Fazura melalui pesanan ringkas mereka. Memandangkan mereka telah berkenalan lebih dari 18 tahun. Hans Isaac menegur Fazura dengan cara peribadi atau In Private Message.


Tiba-tiba pagi ini keluar satu statement dimana Hans perlu meminta maaf secara terbuka kepada umum dengan apa yang telah berlaku. Hans mula terkejut dengan kabar itu malah Hans tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun mengenai insiden itu malah tidak sesekali di media sosial milik Hans sendiri.

Has yang merupakan pemenang kategeri Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada FFM ke-19 menerusi filem Buli Balik hanya akan meminta maaf sekiranya dia benar bersalah.

"Apa saya mesej Fazura antara saya dengan dia. Saya sudah berkawan dengan dia lebih 18 tahun. Saya terkejut dan terkilan apabila pagi ini wartawan semua tahu perkara ini.

"Yang mana saya tak pernah bincang perkara ini dengan sesiapa pun kecuali mesej dengan Fazura iaitu mengenai perasaan saya pada malam FFM ketika menyampaikan anugerah itu.


Loading...


"Saya tanya sebab sudah diberitahu barisan penyampai adalah yang pernah menang FFM. Sedangkan suaminya tidak. Cuma diberitahu ia satu kejutan. Bagi saya apa yang kejutannya? Apa istimewanya mengenai kejutan itu. Kalau cakap fasal Brad Pitt, barulah kejutan. Berbaloilah juga," katanya.

Hans berkata, Fazura sepatutnya memberitahu pihak produksi sekiranya betul dia tidak selesa berada di pentas bersamanya atau Maya Karin.

"Saya naik ke pentas, tidak tahu mereka akan naik bersama. Kalau tahum saya takkan naik bersama. Sebab saya fikir ini adalah pasangan atau apa?

"Saya akan cakap pada penganjur, saya takkan naik. Ibaratnya saya dengan Maya macam pasangan. Apa ini? Saya pun ada jenama sendiri," katanya.

Persoalannya di sini siapa yang menceritakan cerita ini kepada wartawan? Sudah pastinya Fazura sendiri yang menceritakan kisah ini dan dia yang perlu meminta maaf secara terbuka.

"Kalau saya ada buat salah, sidang media atau apa saja mengenai perkara ini, mungkin kalau saya salah, saya akan cakap. Saya tak ada masalah untuk mengaku salah.


"Tapi buat masa sekarang saya tak buat apa-apa salah. Saya cuma memberitahu perasaan saya dan mewakili orang lain. BUkan saya buat kenyataan pada umum. Dia yang melangger hak saya sekarang sebab keluarkan perkara ini. katanya.


Kejutan Fazura Membuatkan FFM Menjadi Kontroversi. Kejutan Fazura Membuatkan FFM Menjadi Kontroversi. Reviewed by Beruang Viral on 11:59:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.