Pengangkutan Tambang Rendah Membawa Penumpang Offload

Ruang tempat duduk penumpang Air Asia.
Penerbangan kos rendah yang terkenal di seluruh dunia iaitu Air Asia adalah antara penerbangan yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk membawa mereka melancong ke suatu tempat yang menarik di seluruh dunia.

Setiap penerbangan Air Asia akan membawa penumpangnya seramai 216 penumpang mengikut jenis pesawat yang dibawa.


Baru-baru ini, salah seorang penumpang Air Asia mengalami masalah yang jarang sekali berlaku dalam setiap penerbangan mereka. Masalah yang di alami Hanif Husaini ialah menaiki pesawat yang offload. Iaitu penumpang yang berlebihan.



"Hari ini buat kali pertama saya kena Offload dari flight Air Asia. Seat saya 32D tapi flight ini hanya ada sehingga 31 sahaja. Jadi ada 6 penumpang yang tiada tempat duduk.

"Saya bertanya kepada staf Air Asia kenapa jadi begini. Staf itu menjawab, flight tukar last minit dan flight sebelum ini mengalami masalah teknikal.

"Persoalan saya kenapa Air Asia gantikan pesawat yang ada 192 ke 186 tempat duduk? Dah jadi masalah 6 orang tiada tempat duduk. Tak mungkin kena berdiri macam dalam bas Rapid KL?

"Dah tahu rosak kenapa tak dimaklumkan awal?" kata Hanif Husaini.

Walau bagaimanapun, pihak Air Asia telah mengeluarkan tiket baru kepada Hanif dan memberi voucher makanan sebanyak RM20.00 kepadanya sebagai tanda maaf dan kesilapan yang berlaku antara penumpang dan pihak mereka.


Loading...


"Saya dapat voucher RM20.00 dan diberi tiket penerbangan yang baru saya rasa bersyukur kerana mereka dapat menangani masalah ini tetapi saya mengalami kerugian masa saya. Masa dan plan perjalanan saya semuanya perlu diubah dan terpaksa saya mencari pengangkutan baru dan mengeluarkan modal yang lebih untuk menanggung kerugian saya." katanya.



Sumber : Hanid Husaini
Pengangkutan Tambang Rendah Membawa Penumpang Offload Pengangkutan Tambang Rendah Membawa Penumpang Offload Reviewed by Beruang Viral on 10:34:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.