Cuba Untuk Menjawab Soalan Matematik China Tapi Tidak Berjaya - Cikgu US



China - Seorang guru Matematik yang berasal dari Amerika Syarikat (US) tular di media sosial China apabila videonya tersebar kerana tidak berjaya menjawab soalan matematik dalam peringkat sekolah menengah China baru-baru ini.

Video yang yang dimuatnaik menerusi seorang cikgu Cina yang tidak dapat dikenalpasti yang bekerja di US telah tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan usaha guru Matematik dari sekolah US itu cuba untuk menyelesaikan soalan Matematik China peringkat sekolah menengah yang dipanggil 'goakao'.



Soalan itu diambil didalam kertas soalan sekyen 2 dalam mata pelajaran Matematik Sains peringkat kebangsaan dimana secara praktikalnya sangat mencabar dan memberi cabaran kepada pelajar China menguji minta mereka bagi menyelesaikan soalan itu.

"Saya diberitahu pada tahun ini Matematik gaokao kali ini adalah sangat susah berbanding pada tahun-tahun yang sudah dan saya telah mengkaji beberapa soalan menerusi online di sebuah kafe di sini dan cuba untuk menyelesaikannya.

"Saya berjaya menjawab satu soalan tetapi ia mengambil masa yang lama untuk selesaikan setiap satu soalan. Sekarang saya dah lupa macam mana langkah yang betul bagi penyelesaian yang saya pernah jawab dalam soalan itu.



Loading...


Pada ketika itu, cikgu yang berasal dari US itu duduk di sebelah kawannya yang sedang bermain pemainan chess pada ketika itu untuk membantunya menjawab soalan bersamanya. Tetapi ia juga mengambil masa yang lama dan mencabar bagi kawannya.

Dalam video yang tular itu, cikgu itu cuba untuk menjawab soalan nombor 12 dimana soalan itu yang mengambil masa yang lama untuknya menjawab dan soalan itu mengandungi pilihan jawapan yang hanya perlu dijawab.

Dia mengambil masa 3 minit untuk membaca soalan itu dan selanjutnya dia mengkaji dan menyelesaikan soalan itu dengan terlalu lama.

Video tersebut dimuatnaik menerusi satu aplikasi yang terkenal di China iaitu Weido


Sumber - South China Morning Post (SCMP)
Cuba Untuk Menjawab Soalan Matematik China Tapi Tidak Berjaya - Cikgu US Cuba Untuk Menjawab Soalan Matematik China Tapi Tidak Berjaya - Cikgu US Reviewed by Beruang Viral on 10:23:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.