Hazard Dibayar RM2.1 Juta Seminggu Di Real Madrid


MADRID - Real Madrid memperkenalkan bintang Belgium, Edin Hazard di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi tadi sehari selepas majlis pengenalan penyerang baharu, Luka Jovic.

Seramai 50,000 penyokong Real hadir ke stadium untuk majlis tersebut. Real memuktamadkan perjanjian dengan bekas pemain Chelsea itu selepas dia lulus pemeriksaan perubatan.

Dalam ucapan ringkasnya, HAzard memberitahu Real menjadi kelab idamannya sejak kecil.

Jelasnya, menyertai Real hari ini ibarat impian menjadi kenyataan.



Sementara itu, Hazard bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan dengan kontrak selama lima tahun.

Hazard mendapat gaji dua kali ganda di Chelsea apabila menerima £400,000 seminggu (RM2.1 Juta).

Ketika di Chelsea, hazard menerima £200,000 seminggu.

Real dilaporkan bersetuju membahar £88 juta kepada Chelsea dengan pakej tambahan pelbagai bonus mencecah £42 juta.


Loading...



Hazard Dibayar RM2.1 Juta Seminggu Di Real Madrid Hazard Dibayar RM2.1 Juta Seminggu Di Real Madrid Reviewed by Beruang Viral on 11:45:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.