Kamu Seorang Bayi Yang Kuat -Dr Nur Amalina



Pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri menzahirkan kesyukuran selepas bayi sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya, semalam.

Dr Nur Amalina yang bertanggungjawab mengaturkan pembedahan bayi itu di London tidak dapat mengawal perasaannya selepas pembedahan selama lima jam bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram (g) itu selesai.

"Alhamdulillah, Ainul, kami bayi yang kuat! Selepas lima jam bertarung dalam bilik pembedahanm ketumbuhan (seberat 300g) berjaya dibuang.



"Kamu tidak dapat bayangkan betapa bimbangnya saya semasa berada dalam bilik pembedahan.

"Sebaik saja keluar daripada bilik pembedahan dan melihat ibu bapa Ainul, saya tidak dapat mengawal perasaan.

"Perasaan saya bercampur baur, setau perjalanan yang penuh emosi dan pengalaman yang amat berharga," katanya menerusi akaun Instagram miliknya, hari ini.

Terdahulu, Ainul yang banyak persediaan seperti perancangan, imbasan, perbincangan dan kesabaran diperlukan bagi memastikan keselamatan aunul memandangkan pembedahan dilalui bayi itu berisiko tinggi.

"Pasukan perubatan terbabit adalah pakar bedah pelbagai latar belakang kepakaran (termasuk cranofacial, plastik dan kepada serta perunding leher), diketuai Prof David Dunway dan Juling Ong.


Loading...


"Saya sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan ini," katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit memastikan pembedahan itu direalisasikan.

Mengulas keadaan Ainul, Dr Nur Amalina berkatam bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan dalam pemerhatian selepas pembedahan.

"Mari kita diakan kesembuhan Ainul. Terima kasih untuk doa kalian," katanya.

Sumber - Berita Harian
Kamu Seorang Bayi Yang Kuat -Dr Nur Amalina Kamu Seorang Bayi Yang Kuat -Dr Nur Amalina Reviewed by Beruang Viral on 4:49:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.