Kekalahan PAS,BN Disebabkan Serangan Media Sosial



KUALAL LUMPUR - Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) menyifatkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu sebagai musibah yang menyedihkan.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, sayap parti Pas itu menzahirkan rasa kesal dan bersalah kerana gagal mempertahankan negara ini ari diambil alih oleh PH yang mungkir janji.

"Kami rasa bersalah atas kelemahan dan kealpaan serta kegagalan kita menyakinkan masyarakat mengenai kepentingan melaksanakan penghayatan Islam dalam PRU lepas.



"Sekarang negara dipimpin oleh pemerintah yang langsung tidak menampakkan kesungguhan untuk menepati janji," katanya dalam ucapan dasar pada Muktamar DMPM di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City di Kuantan, hari ini.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang turut merasmikan muktamar itu.

Nuridah yang menang tanpa bertanding jawatan disandangnya itu berkata, hasil post-mortem PRU lalu, pihaknya mendapati faktor serangan media sosial menyumbang kepada peratusan tertinggi iaiutu 75 peratus, yang membawa kepada kekalahan Pas.

Katanya, hampir setiap hari terdapat berita yang mencabar kesabaran umat Islam seperti tindakan menyerang Institusi Agama dan Raja secara terbuka, pluralisme agama atas nama keharmonian kaum, tuntutan secara terbuka untuk mengamalkan kebebasan hak individu atas nama hak asasi manusia.


Loading...

Tambah beliau, walaupun jelas ianya bertentangan dengan ajaran Islam dan menggambarkan fahaman serong liberalisme sudah mula dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, kaum wanita turut diherat dalam kancah yang sangat bahaya antaranya tafsiran bebas dan terbuka terhadapa hukum syarak yagn berkaitan dengan wanita.

"Sehingga timbul pertikaian terhadap isu poligami, faraid, perintah menutup aurat, tuntutan hak untuk murtad, hak talak kepada suami, perkahwinan sesama jantina, seks bebas dan lain-lain yang bertujuan untuk memesongkan keyakinan mereka terhadap penghayatan Islam.

"Kita dapati kerajaan PH terutama pemimpin Islamnya sudah tidak menampakkan sendsitiviti mereka dengan hal keadaan yang membimbangkan ini," katanya.

Menurut Nuridah, pelbagai hujah dan alasan sengaja dicipta atas dasar rahmatan lil alamin dan maqasid syariah untuk menyenangkan hari rakn politik mereka yang bukan Islam dalam PH.

Sumber - MG
Kekalahan PAS,BN Disebabkan Serangan Media Sosial Kekalahan PAS,BN Disebabkan Serangan Media Sosial Reviewed by Beruang Viral on 11:56:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.