Kementerian Kesihatan Siasat Air Starfresh Ini



KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran produk air minuman berbungkus (AMB) jenama Startfresh keluaran Malaysia yang ditarik balik daripada pasaran Singapura.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berikutan produk berkenaan dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas Aeruginosa iaitu sejenis bakteria yang terdapat secara meluas di persekitaran seperti yang dilaporkan oleh laman sesawang Singapore Food Agency (SFA) pada Rabu lalu.



"Hasil verifikasi KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati kilang yang menghasilkan produk itu melaksanakan program jaminan keselamatan makanan dan mematuhi keperluan pelesenan punca iar minuman yang ditetapkan KKM.

"KKM juga mengesahkan produk AMB jenama Starfresh ini hanya dipasarkan ke SIngapura dan tidak dijual di pasaran tempatan. Bagaimanapun, kementerian sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran seperti yang dilaporkan sebelum ini untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SFA menerusi laman webnya pada Rabu lalu telah mengarahkan produk minuman itu ditarik balik daripada pasaran Singapura selepas dikesan tercemat bakteria berkenaan melibatkan produk yang berisipadu 1,500ml dan 500ml dengan tarikh luput pada 13 Mei 2021 dan 11 Mei 2021. 


Loading...


Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna tempatan termasuk pruduk AMB.

Katanya produk AMB untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta makanan 1983 jika gagal mematuhinya.

Namum, katanya produk makanan yang dicemari bakteria ini jarang memberikan kesan kesihatan kepada individu yang sihat.

Beliau turut meminta pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara itu atau sebarang isu keselamatan makana boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhp.

Sumber - Bernama


Kementerian Kesihatan Siasat Air Starfresh Ini Kementerian Kesihatan Siasat Air Starfresh Ini Reviewed by Beruang Viral on 1:14:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.