Mangkuk Cendol Ada Dadah


Polis merampas dadah jenis ketamin bernilai RM372,000 yang cuba diseludup ke Taiwan menggunakan perkhidmatan kurier di premis syarikat penghantaran berkenaan di Salak Selatan, Kuala Lumpur semalam.

Susulan rampasan dadah yang disorok dalam mangkuk cendol itu, dua lelaki warga tempatan berusia 22 dan 23 tahun dipercayai ahli sendiket di sekitar Lembah Klang ditahan pada hari sama.



Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, hasil maklumat diterima, polis melakukan pemeriksaan di syarikat kurier berkenaan pada 10 pagi.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui 154 mangkuk cendol yang diubahsuai untuk menyerok dadah jenis ketamin. "Dua mangkuk dicamtumkan dan dadah disimpan antara dua mangkuk itu.

"Dadah 6.2 kilogram ditemui dalam paket plastik yang cuba dihantar ke Taiwan. Susulan itu kami menahan dua lelaki dan mereka direman sehingga 18 Jun in," katanay ketika sidang media, di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras hari ini.


Loading...


Sumber - HMetro
Mangkuk Cendol Ada Dadah Mangkuk Cendol Ada Dadah Reviewed by Beruang Viral on 4:35:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.