Pelajar Malaysia Di Universiti Al-Azhar Meninggal Dunia


KUALA TERENGGANU - Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Terengganu yang kritikal akibat pendarahan dalam kepada meninggal dunia pada pukul 2 petang semalam (8 malam waktu tempatan).

Mohamad Gahmi Faizzudin Asyraf Mohd. Shukri yang merupakan pelajar Tahun 3 jurusan Syariah Islamiah di Universiti itu menghembus nafas terakhir di Hospital Safarat, Hayya Sabi'e, Kaherah, Mesir.



Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kasim ketika dihubungi Bernama berkata, jenazah pelajar berusia 24 tahunitu selamat dikebumikan sebelum Maghrib waktu Mesir semalam.

"Mengikut perancangan asal, saya akan menemani ibu bapa Mohd Fahmi untuk menziarahinya di Mesir pada pagi esok memandangkan hanya itu sahaja tiket paling awal yang wujud.

"Namun, Allah leibh menyayanginya dan hajat ibu bapanya untuk bertemu kali teakhir tidak kesampaian. Saya mewaliki kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

Sumber - Bernama
Pelajar Malaysia Di Universiti Al-Azhar Meninggal Dunia Pelajar Malaysia Di Universiti Al-Azhar Meninggal Dunia Reviewed by Beruang Viral on 11:33:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.