Yuna Kecewa Kerana Muzik Video, Orang Lain Merana



Penangan video muzik Forevermore dari Yuna, hampir setiap hari orang yang balik beraya di perlis datang ke stesen minyak ini untuk bergambar raya di stesen minyak tersebut.

Katanya lokasi ini menarik minat mereka bergambar raya di pagi raya kerana Penyanyi terkenal Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) telah menghasilkan video muzik di stesen minyak ini.





Dalam kes terbaru ini, pengusaha sebuah stesen minyak di Kanar, meminta kerjasama Yuna di laman sosial Twitternya untuk memberi nasihat kepada peminatnya agar tidak memanjat pagar di lokasi berkenaan.

Dalam reaksi balasnya, Yuna enasihatkan peminat agar tidak terlalu agresif hingga memanjat pagar selain menghormati pemilik stesen minyak terbabit.

"Kepada semua peminat yang melawat lokasi video muzik Forevermore di Perlis termasuk stesen minyak di Kangar, tolong hormat pemilik preis terbabit dan jangan memanjat pagar.

Sejak video muzik Forevermore dilancarkan dua bulan lalu, lokasi yang dipaparkan dalam klip itu sering menjadi tumpuan ramai terutama pada cuti Aidilfitri.


Loading...



Antara yang menarik perhatian adalah stesen minyak ini 'retro' yang menjadi lokasi atau 'spot' merakam foto untuk instagram (IG) bagi kebanyakan peminat Yuna.

Pengusaha stesen minyak terbabit membuat aduan selepas mendapati orang awam memasuki premis berkenaan dengan memanjat pagar.

Usahawan terbabit meluahkan :

"Hai Yuna, saya pemilik stesen minyak dalam video muzik kamu, Boleh tolong retweet? Saya naikkan status ini di Twitter kerana ingin meminta bantuan kamu.

"Tolong beritahu orang ramai, jika mahu merakamkan foto, tolong jangan panjat pagar kami. Seorang buat, yang lain pasti mengikut," katanya.


Antara lokasi dalam video muzik Forevermore yang 'diserbu' peminat Yuna adalah Empangan Timah Tasoh, sawah padi di Bukit Keteri dan Kampung Pengkalan Asam di Perlis, selain Batu Caves, Kuala Lumpur dan Stadium Shah Alam, Selangor.

Yuna Kecewa Kerana Muzik Video, Orang Lain Merana Yuna Kecewa Kerana Muzik Video, Orang Lain Merana Reviewed by Beruang Viral on 10:22:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.